HomeMade LAH. Jom makan PULUT KUNING SEDAP.


HomeMade LAH!
HomeMade LAH!
HomeMade LAH!

HOMEMADE PULUT KUNING!

Kami sediakan -
SAMBAL IKAN BILIS / SAMBAL TELUR
RENDANG DAGING / AYAM
KUIH MUIH TRADISIONAL
COD SENTUL

Untuk
YANG TENGAH LAPAR TU?
YANG MEMANG MENGIDAM SESANGAT TU?
 MAJLIS KHATAM QURAN
MAJLIS KESYUKURAN
MAJLIS HARI JADI
APA-APA MAJLIS
YANG MENCARI PULUT KUNING DAN KUIH TRADISIONAL YANG SEDAP-SEDAP?

WHATSAPP KAMI
019-3785375/017-3223342

ATAU 
FACEBOOK : HomeMade Lah
INSTAGRAM : homemadelah






Al-fatihah untuk mak

Assalamualaikum.

Aku start k. Mak aku dah takde. Dah tinggalkan aku. 18 Feb 2016 mak tinggalkan aku. Bagi aku, mak aku adalah segalanya. Mak besarkan aku, walaupun sekejap. Memang sekejap. Genap aku 7 tahun, mak aku paralize, nama melayu dia LUMPUH. Birthday aku 27 Mac 2002, mak takboleh jalan. Aku dah hilang satu kasih sayang yang patutnya budak2 macam aku yang umur baru 7 tahun akan dapat sepenuh perhatian dari mak. Tapi aku tak. Aku redha. Aku buat perkara normal budak2 lain buat cuma aku tak dapat lagi rasa masakan mak. Takdapat lagi main masak2 dengan mak. Takdapat nak solat sama-sama dengan mak. Dulu sebelum birthday keramat aku tu, aku paling rajin teman mak. Pegi memane dengan mak. Pegi surau tiap hari khamis dengan mak, sampaikan makcik2 kat flat tu dah kenal, anak manja kak yam. Apa boleh buat tu cuma sementara. Aku dah besar ni, aku dah boleh fikir dah, aku ke yang buat mak lumpuh? Yela mak sakit masa birthday aku, aku ni manja terlebih pape je mesti mak, sampaikan pegi sekolah balik sekolah mesti mak yang kena anta amik aku, jalan kaki weh. Aku takpenah nampak mak merungut sakit kaki ke apa ke, mak buat je. Aku mana faham semua tu dulu, yang aku tahu, mintak je mesti mak tunaikan. Mak baik sangat. Sekarang aku menyesal, bila ingat balik. Sampai umur aku 15, aku dah start jaga mak, cuci kencing berak mak semua aku. Yela kakak2 semua dah besar. Aku je pulak tu yang single dan masih berada di bawah ketiak mak. Memang patutlah aku yang jaga mak. Aku jaga mak dengan kasih sayang betul lah, sampai mak gemok macam aku hehe. Seriously aku cakap, aku happy jaga mak. Aku dah berjanji dengan mak dan Allah, aku akan jaga mak sampai aku dah takde dalam dunia ni. Mak happy aku cakap camtu, yela mak harapkan aku je jaga dia. Tapi tulah, kita ni merancang je Allah yang tentukan. Dah takdir, Allah dah janjikan mak akan pergi dulu sebelum aku. Aku redha. Mula2 aku memang tak dapat nak terima kenyataan, tiap2 hari nangis sampai kawan2 aku tegur kalau nak pegi keje nanti makesure mata kau dah takmacam panda macam ni, aku tahu kau sedih tapi hidup kena teruskan. Mak kau takde ni ada hikmah tau. Aku simpan dalam kepala ni, mak pergi ada sebab. Mak dah 13 tahun terseksa, tanggung sakit. Sebelum tu pun mak dah tanggung rindu nak jumpa arwah abang pai. Abang aku. Abang aku meninggal tahun yang sama mak aku lumpuh. Tahun 2002 memang banyak yang pahit kami dapat. Macam2. Sampai lah mak aku dah meninggal aku banyak salahkan diri aku sendiri. Aku ke yang jadi punca mak aku meninggal? Tak elok ke aku jage mak? Tu semua jadi tekanan buat aku. Sampai satu tahap aku berdoa mintak Allah amik nyawa aku, aku nak jumpa mak, nak mintak ampun. Aku jadi stress, asyik duduk dalam bilik mak, sampai towel cuci kencing mak pun aku boleh cium macam takde pape. Abah takut aku jadi gila, abah buat air yaasin bagi aku. Aku demam seminggu lepas mak meninggal, lepas minum air yaasin aku okay sikit cuma ingatan aku still dekat mak je. Bayangan mak aku nampak kat mana-mana je. Terutama sekali kerusi mak kat depan tv. Bila tengok je rasa nak meraung panggil mak. Susah nak cakap, hati aku sakit gila bila teringat kat mak. Aku tahu kalau aku menangis banyak mana pun takkan dapat balik mak kesayangan aku tu. Aku rindu sangat kat mak. Aku boleh terbayang bayang yang aku balik kerja aku nampak mak tersengih kat kerusi dia tengok aku. Aku boleh dengar suara mak gelak. Seolah mak ada dekat dengan aku tapi tu cuma bayangan je. Aku sekarang dah jadi aku yang baru, ni semua sebab mak. Memang betul, ada hikmah mak pergi. Family aku semua dah jadi macam keluarga balik, semua berbaik. Tak macam dulu. Aku happy macam aku happy jaga mak dulu. Bila aku happy aku boleh terbayang mak duduk kat kerusi malas dia sambil tersenyum tengok kami satu family. Mak, mak anugerah yang tak ternilai untuk nurul, mak ajar nurul macam mana nak jadi orang, macam mana nak berbakti untuk orang tua, sebabkan mak, nurul masih kat dunia ni. Terima kasih MAK. Kita jumpa kat Syurga ye mak. AL-FATIHAH

Tak kenal maka tak cinta

Senyum

Ada yang tanya kenapa aku takpernah senyum?

Kenapa aku sombong?

Kenapa aku diam sangat?

Jawapan aku "tak kenal maka tak cinta. And never never never judge the book by its cover" you dont even know me, macam mana awak boleh kata saya tak pernah senyum? Saya sombong dan saya pendiam sangat? Hehehehe

2 Januari 2015
1034 am

Alam baru

Aku ni nampak je yo yo oll macam havoc tapi pada hakikatnya aku fragile.

Aku simpan
Sebab aku taknak orang lain retak sama

Aku nak mulakan hidup baru

Aku nak cari Tuhan
Sampai aku jumpa

1 Januari 2015
0000 am

Penantian satu penyeksaan - abang botak

Sakit yang rasa bila kita tunggu orang yang kita sangka akan mesej kita.

Tapi dia tak mesej kita pun
Kita pun terus lagak macam biasa tapi
Sebenarnya kita harap dia mesej kita

Kita pun jauhkan diri dari phone sendiri
Sebab dia tak jugak mesej or call kita
Kalau kita asyik call je nanti ganggu
Haih feel ni
Seksa tahu.

Siapa sangka?

Tak sangka kan?
Kita jumpa
Kita kenal
Kita kawan
Kita berhubung

Tapi kemudian
Kita menjarak
Kita tak lagi berhubung
Kita tak lagi berkawan

Tak sangkakan
Kita sekarang seolah olah dua manusia yang tak pernah kenal satu sama lain
Ya. Pelik rasanya berlagak biasa
Ya. Kelakar rasanya berpura pura seolah olah tiada apa yang berlaku

Tapi
Siapa sangka
Mungkin ada hikmahnya kan?

Emak sayang.

Bagai nak tercabut jantung dari jasad bila emak tak ingat anaknya. Aku dah rasa. Perit. Hati macam disiat siat. Seakan ada orang toreh hati aku ni, sampai terpancut pancut darah. Hiperbola sangat. Aku ingat lagi tarikh tu, bagai tarikh keramat bagi aku 5 November 2014 jam 8.33 a.m. Bayangkan, mak kita dah tak ingat siapa kita, siapa dia? Apa yang kita rasa? Sedih awak sedih. Bukan jadi pelupa je, kaki mak bengkak teruk, mak jadi pendiam. Hampir setiap hari aku menangis kenangkan mak. Aku tak pernah berjauhan dengan mak. Aku jaga mak dah lima tahun, mak sikitpun tak kenal aku. Mula lah aku tanya Tuhan, kenapa bagi ujian macam ni kat aku? Kenapa semua terletak kat bahu aku? Tuhan tak sayang aku ke? Macam macam persoalan. Aku ingat mak, aku ingat Allah. Terus motivasi diri, Allah bagi ujian ni sebab Allah tahu aku boleh terima ujian ni walau susah macam mana sekalipun. Aku terima Ya Rabb. Aku ingat lagi waktu mak lupa aku siapa, muka mak resah macam cari seseorang. Pandang aku, lepas tu mak berkerut. Terus aku tanya "kenapa mak pandang nurul macam tu?" mak jawab "siapa nurul?". Allahu, luluhnya hati aku. Menangis kat sebelah mak jugak. Abah kat sebelah pun dah menangis. Emak terus diam, masa mak jadi pelupa tu mak jadi kuat tidur, pendiam, taklalu makan. Semua jadi berbeza, tak macam selalu. Dulu mak ceria, sangat! Sekarang tak. Aku redha. Aku cari penawar, akulah penawarnya yang sebenar. Hari-hari aku jadi doktor jadi jadian tanya soalan kat emak, alhamdulillah respon mak memang superb. Makin lama mak jawab dah boleh terima akal, kadang mak merepek. Orang dah lama pergi mak ingat, orang yang depan mata mak langsung tak ingat, contohnya aku lah. Tapi alhamdulillah, sekarang dah okay. Kaki mak yang bengkak tu pun dah surut. Bila aku ingat semua tu, mesti menangis. Takpernah pernah jadi macam tu kan, siapa yang nak? Semua orang tak nak kan, aku harap untuk yang terakhir mak jadi macam tu. Bukan tak larat nak layan dia ingat satu persatu tapi kesian, sebak. Dah lah yang jadi tu mak kita. Bagi tahun 2015 ni, aku doakan akan datang sinar baru untuk family, kesihatan yang sihat, rezeki yang berpanjangan dan kedatangan orang baru. Eh! Main main je hehe.

Untuk mak,

Adik dah buat yang terbaik untuk mak. Adik tak nak bagi harapan yang tinggi untuk mak berjalan macam 12 tahun yang dulu. Adik cuma nak mak sihat. Mak percayalah kat adik yang adik boleh jaga sampai adik dah takde kat dunia ni. Ni janji adik. Janji adik dengan Mak dan Allah. Mak doakan adik panjang umur untuk jaga mak. Takde siapa yang mampu jaga mak selain adik sorang. Adik janji. Akhir kata, adik sayang mak dan sayang abah jugak! Keduanya nyawa adik. Lots of love ♥

Kawan yang dah senang

Aku selalu menghitung berapa banyak yang pergi dan hilang, selalu terlalu bersemangat dengan berapa yang datang. Sampai suatu saat aku ingat ada mereka yang selalu tinggal. 

_untuk korang, aku memang kepala batu. Maaf dan terima kasih.

Kirimkan cinta

cinta
bukan hanya sekadar saling merasakan
bukan juga saling membuktikan 
tapi
juga sentiasa
saling mendoakan

ku kirimkan cinta ini
melalui doa ku
moga ia sampai tepat ke hatimu.

Jangan datang lagi.


Tak mengapa jika kali ini kau mahu pergi
Tapi jangan merasa hairan jika kali ini aku tak lagi mencari
Langkahku sudah lelah
Semangatku sudah payah
Aku sudah hampir menyerah mengikuti langkahmu yang terus-terusan berusaha meninggalkanku.

230114
03:22 am
Buat kau yang takpandai menghargai hati orang.