Untuk calon imamku.


Kepada calon imamku

Selamat pagi. Selamat menerima sinar mentari lagi dia awal hari ini.
Pagi ini semoga harimu dimulai dengan cukup berseri.

Aku tidak dapat mendengar suaramu pagi ini.
Berkali-kali handphone ku genggam untuk menghubungi nombormu di sana. Tiada jawapan apa-apa.
Ku rasa kau terlalu lelah, sampai tidak mendengar apa-apa.
Tak apa
semoga kau tidak lupa bahwa hari ini bukanlah hari akhir kita.

Calon imamku

Apa khabar dengan rindumu? Semoga masih selalu aku yang kau rindukan. Kerana, aku takpernah membayangkan apa jadinya rinduku bila ia merinduimu sendirian saja. Rindu itu sendiri mampu menjadi sepi, aku rasa.

Pagi ini, adakah kau bersedia meluangkan sedikit saja waktumu untuk membaca lagi satu puisi untukmu? Oh ya, aku tahu. Sudah terlalu banyak puisi kuberikan untukmu. Namun aku berjanji, puisi ini berbeza dari biasa. Kau akan merasa bahwa kau sedang membaca surat cinta. Anggaplah ini surat cinta bukan puisi yang sudah sering kali kau baca.

Jadi, bacalah ini dengan sebuah senyuman yang biasa kau lakukan di pagi hari.

Kepada calon imamku

Kumohon jangan lagi beranggapan bahwa aku adalah wanita yang berlebihan. Kau tahu, jarak jauh terkadang mampu begitu kejam dan aku begitu merasa terhibur kerana kata-kata dalam tulisan mampu membawa setia dengan menjadi sabahat tanpa banyak pinta

Goresan kata-kata ini adalah satu 'teknologi', agar apa yang aku ingin kau tahu, mampu kau tahu tanpa aku perlu berkata-kata. Kesibukan begitu rakus kan? Mereka begitu ingin menghalangi waktu-waktu bersama kita.

Calon imamku

Jagalah setiamu. Jangan biarkan apapun membuatmu terlupa, bahawa ada seorang wanita yang setia mendoakanmu, walau dari jarak yang begitu jauh. Lalu, jalanilah hari-harimu dengan baik kerana hari di mana kita akan selalu bersama akan datang nanti, tak lama lagi.

Dan ketika kau menghadapi hari yang kelabu, ingatlah aku. Telah ku pinta dari Tuhan agar membuka payungnya di atas kotamu agar kau sentiasa merasa teduh.

Atas apa pun yang kau rasa begitu susah, aku mohon jangan mudah untuk menyerah.

Dengan penuh cinta, kutulis puisi ini dari hati yang dipenuhi bunga. Semoga hatimu juga selalu berkeadaan baik-baik saja.

_SalamKasih 211213
05:06 am
Mimpi di Siang hari