Harap-harap ok

Kita bertengkar soal yang remeh sahaja
Kita bertelagah soal yang mudah sahaja

Tentang lambat membalas sms
Tentang tidak kata i love you di hujung panggilan
Tentang cara bercakap dah tak macam selalu

Kita mulai ungkit siapa yang lebih banyak berkorban
Siapa yang lebih cinta siapa
Siapa yang sudah berubah

Tiada apa-apa
Kita sebenarnya ok-ok sahaja
Cuma kita rindu sesama kita

Takpa, nanti kita jumpa.

23 Dec 2013