Cinta kerana ALLAH tu, bila kita tengok dia yang kita suka tu bermesra dengan seseorang, tak kira la kat alam realiti ke, alam maya ke, kita senyum dan bersangka baik dengan kemesraan dia, malah tak berat hati mendoakan kebahagiaan mereka.

Cinta kerana nasfu tu, bila kita tengok dia bermesra dengan seseorang, kita jadi cemburu, marah, kecewa, sangka buruk dan berdoa yang tak baik terhadap mereka.

Jadi sekarang apa kamu rasa bila tengok orang yang kamu suka bermesra? Senyum? Cemburu? Jawab dalam hati. Kebahagiaan orang, seeloknya didoakan. InsyaALLAH ada yang lebih baik untuk kamu.