Sumber kekuatan


Letih 
Lelah

Air mata mula jadi murah.
Air mata mula jadi teman setiap masa.
Hingga terkadang
dia rasa seperti mahu berhenti dari semuanya.

Dia mula mengharapkan orang lain
untuk memahami yang dia juga manusia biasa
yang dia juga punya hati dan perasaan
yang dia juga erti jatuh dan rebah.

Bila dia terkontang kanting sendirian
dia mula sedar..
yang benar benar peduli cuma Dia.

Saat itu
dia pujuk diri
dia yakinkan hati
untuk teruskan langkah dan jangan mengalah
tak kira berapa kali jatuh
sebab Allah tu ada
jadi sumber kekuatan.