Kerana kau milik Allah

Aku tidak marah
Aku tidak cemburu
Kerana aku tahu
Kamu bukan hak ku

Kadang-kadang
Perasaan ini sebagai manusia biasa
Sungguh senang untuk aku jatuh cinta

Dan memang tidak dinafikan disaat ini
Ada sedikit cinta dihatiku untukmu
Aku teringin kau mengetahui
Apa yang ada dalam hatiku saat ini

Tapi biarlah Dia yang lebih mengetahui
Apa  yang wujud didalam hati ketika ini

Sedangkan Dia yang menjadikan hati
dan Dia juga yang mewujudkan perasaan itu

Tapi sekali lagi
Kau milik Allah
Bukan milikku
Jadi biar cinta ini ku pendam di dalam hatiku

Dan cukuplah aku mencintaimu
Dalam diam dari kejauhan
Dengan kesederhanaan dan keikhlasan
Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan Allah

Mungkin saja rasa ini ujian yang akan membeku dengan perlahan-lahan

Ya ALLAH
usah biarkan hatiku
tertambat pada cinta yg belum tentu jadi milikku
tenangkan diriku yang terbuai akan cinta
sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu
bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harapan

Ya ALLAH
leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku
kerana disitu aku tak mampu mengumpul dua cinta Hanya cintaMu

Ya ALLAH Ya Rabbi
yang kuharap cinta dapat bercambah hingga ke syurga hakiki

"Sesiapa sahaja yang memberi kerana ALLAH, menolak kerana ALLAH, membenci kerana ALLAH dan menikah kerana ALLAH, maka bererti ia telah sempurna imannya."
(HR. AL-HAKIM)

Amin Ya ALLAH.