Heartbroken

Harusnya aku berterima kasih
kau membuatku berpandangan jauh tentang hidup
kau melentur hati ini untuk melihat lebih tajam
kau menyedarkan aku tentang nikmat sembuh
kau mengajar aku tentang kekuatan
kau memberi peluang aku menangis semahunya dihadapan Tuhan
jika bukan kerana aku pernah dilukai dan disakiti
tentu aku tidak pernah sesekali mengubat hati.