Jarak yang jauh.


Bukan kali pertama hening ini meberi kekosongan pada ruang yang hirup berdua
dan ironis.

Kerana katamu, kau pembenci jarak
Tapi kau juga yang membiarkan simpulnya terurai panjang membentang
Tak peduli akan tersangkut pada ranting atau apapun
yang membuatnya seolah semakin taklayak dipertahankan.

Dalam doa.
Aku gemar menjadikanmu sebagai subjek utamanya
Berharap keajaiban itu masih akan menjadi nyata
Tapi kali ini semua terasa berbeza
Mana boleh seirama kalau hanya aku yang berusaha
Mengapa tidak kau saja yang merasa?
Supaya sesekali kau tak rasanya pilu
Sebab rindu yang tak kuasa untuk diberitahu.

Teruntuknya yang dipisah oleh jarak semakin tidak kuasa.

_PencintaJarak.

220114