Kenapa datang lagi?


Pagi ini aku bangun. Selesai subuh, seperti biasa menuju 'tab' kesayangan dan satu persatu ku buka pemberitahuan baru. Mula dari email, twitter, whatsapp, facebook dan tentunya wechat. Mata ku langsung tertuju pada sebuah pesanan ringkas yang berisikan 'be mine'. Ini mengejutkan, bukan kerana isi dari wechat tersebut tapi dari orang yang telah menghantarnya kepadaku. Dia. Yang telah menjadi orang lain, kini kembali. Rasa bahagia tak boleh dipendam tetapi fikiran yang senantiasa mengingatkan rasa sakit yang telah ditinggalkan kali pertama. Secara hati-hati ku balas pesanan tadi. Tapi entah kenapa semua terasa asing, semua begitu baru. Aku tak terbiasa dengan situasi itu. Beberapa kali, aku harus menghapus dan menulis semula pesananku kerana aku merasa itu salah. Tapi kenapa? Apa yang salah? Aku baca dan ku ulang beberapa kali dan berfikir kalau itu salah dan menyesalinya kerana pesanan itu telah ku hantar padanya dan ini bukan sesuatu yang normal buat ku. Aku merasa benar-benar asing.

Aku takut. Aku takut jika pertahanan dan usaha ku untuk memadam kekecewaan sia-sia. Aku tak ingin sakit lagi. Aku takut menyakiti diriku lagi :'(

_19 Oct 2013
05:57 am
throwback