Yang lebih utama

Dalam hidup ini, Allah menghadirkan kita ramai insan
yang menyayangi kita dan yang kita sayang.

Ada yang menawarkan cinta dalam diam, namun kita tak faham dan biarkan dia berlalu
Ada yang menawarkan cinta dalam terang, namun kita tidak membalas cintanya itu
Ada yang kita tunggu tapi dia pula tidak tahu, sedangkan dalam hatinya juga ada sesuatu
Ada yang menawarkan cinta dan kita membalasnya tapi Allah tidak mengizinkan untuk bersama atas hikmahNya.
Kerana semuanya adalah rahsia yang terbatas dari pengetahuan manusia.

Tapi satu yang pasti, apa yang sudah dimiliki, syukuri.
Ayahanda Bonda dan adik beradik
Sahabat-sahabat yang baik
Murabbi-murabbi mithali
Sayangi dan hargai mereka
Kerana mencintai mereka ini adalah kewajipan kita
Dan mencintai Allah dan Rasul itu, lebih utama.

- cinta kerana Allah tidak akan membuah kecewa.