Perasaan

Hari-hariku sering dipenuhi kesedihan
Kesedihan yang kosong
Yang aku sendiri tidak tahu apa puncanya.

Selama ini
Aku seorang yang pemarah dan pembenci
Tetapi aku cuba untuk kaburkan sifat itu di mata orang
Kerana aku tidak mahu dibenci dan dimarahi.

Aku mahukan cinta
Tetapi aku sendiri tidak mencintai

Aku mahukan keikhlasan
Tetapi aku sendiri tidak ikhlas

Aku mahukan kejujuran
Tetapi aku sendiri tidak jujur

Manakan mungkin untuk aku mengikuti
cahaya yang didambakan sedangkan
aku ditarik oleh kegelapan
yang aku
sendiri cipta.

080114
01:57 am