Kerana kata

kerana tak dapat kutemukan
kata yang paling sepi
kutelantarkan hati sendiri

kerana tak dapat kuucapkan
kata yang paling rindu
kubiarkan hasrat terbelenggu

kerana tak dapat kuungkapkan
kata yang paling cinta
kupasrahkan saja dalam doa.

060114
08:54 am