Kau yang tak Mengerti aku

Aku tidak ingin melihatmu lagi
Semua ini aku lakukan bukan kerana aku membencimu
tapi semata-mata kerana aku tak ingin air mata ini pecah
saat bertatapan dengan indah matamu.

Tolong mengertilah aku
jangan kau paksa aku untuk menangis
kerana sejujurnya aku adalah seorang yang sama sekali tidak suka menangis

Tolong mengertilah aku
jangan kau paksa aku untuk membalas manis senyummu
kerana sejujurnya aku hanya ingin ketawa

"Betapa bodohnya aku, yang masih mengharapkan kau hingga saat ini"

Tolong mengertilah aku
jangan pula kau bertanya sebesar apa luka yang ada di hatiku
kerana sejujurnya luka hati ini hanya selebar nganga tawaku.

HAHAHAHA

_unknown (puisi malam minggu hehe)

Menyirap baca tau hmm sabar jelah dia ni.