Kalau boleh.

"Atas cinta di masa depan nanti
Ku mohon bersabarlah
Kerana aku akan setia
Mendampingimu sampai habis usia."

Kalau boleh
Akan kusatukan jarak antara kita
Membuat ragaku dan ragamu berada sedekat hembusan nafas kita.

Kalau boleh
Akan kupeluk kau selama yang kau suka
Pagi, siang, petang, malam, bahkan sampai pagi tiba lagi dikeesokan harinya.

Kalau boleh
Akan kubuatkan kau segelas kopi setiap pai dan senja tiba
Kita akan duduk santai menatap pemandangan di depan rumah
Berdua saja
Dan itu lebih dari sekadar indah.

Kalau boleh
Akan kusiapkan kau menu sarapan istimewa
Agar dapat kau nikmati sebelum mula bekerja.

Kalau boleh
Akan kusiapkan secawan air hangat untukmu
Sepulang kau kerja
Agar ada lelah yang berkurang
Agar penatmu menghilang.

Kalau boleh
Akan kulakukan apapun yang kau pinta
Kerana setelah mengetahui bahawa aku lah tulang rusukmu yang kau cari sejak lama
Aku hanya ingin membuatmu bahagia.

_Tia Setiawan Pakualam