Dear Hati

Hati
Aku kurang pasti
Sama ada aku kagum
atau aku kecewa denganmu
Kecewa kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kau kalah. Salah aku ke?

Kagum kerana kau masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali kali kau terluka dan berdarah
Rebah. Tersungkur. Semua kau tempuh!

Hati
Kau tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan
Bila mana keinginanmu aku abaikan
bukan bererti aku tidak sayang
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kau harus aku jaga baik-baik
Kau tahu itu, bukan?

Hati
Usah bersedih kala rasamu itu tidak aku tunaikan
Ingat siapa yang pegang kau dan aku
Semestinya bukan aku
Tapi Dia. Dia adalah Tuhan kita yang menciptakan
Bergantung saja pada Dia ya?
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?

Yakin. Itu kuncinya.

120114