Larilah dari masa lalumu

Kau tanyakan pada aku

"Apa kau pernah rasa dibelenggu?"

Masa lampau
Kepedihan
Kesakitan
Semua bercampur jadi satu.

Kau kata

"Aku tak mampu lari dari masa lalu. Masa lalu pegang aku sampai aku tak mampu merubah masa depan"

Tersenyum.

Sayang

Tanya diri kau apa benar masa lalu yang tahan diri kau sampai kau merasa begitu payah menghidup masa depan.

Atau kau yang tak mampu melepaskan masa lalu sampai disalahkan masa lalu yang tak pernah bersalah tapi niatnya mengajar?

Tapi Dia beri kau pilihan. Mahu kalah atau menang dengan setiap cabaran yang Dia wujudkan. Kau tinggal pilih. Dan kau memaknakan.

Sayang,

Kau dilahirkan menjadi manusia kuat
Jangan pernah kau pilih untuk menjadi lemah.

- 03:44 am
  motivasi diri.