FFLAAASH (ending)

Ingat tak lagi kita plan nak kenakan ana. Maklumlah ana kan yang paling bongsu dalam group kita hahaha. Tak silap aku lah birthday ana hari tu hari jumaat. So kita plan baik punya! Hahahaha kita decide nak jumpa kat tanah lapang kat bandar baru tu. Nasib baik masa tu atikah dah ada kereta. Dia lah yang pegi angkut syazwani. Mak aih rumah dia punyalah jauh hahaha. Aku dengan farah naik bas pegi tanah lapang. Tunggulah atikah bawak husna, liyana, asyiqin, syazwani, ana. Peh macam sardin dah dorang dalam kereta hahaha tapi takpelah. Act, ana dah tahu dia nak kena tepung. Apa lagi, kita buat jelah benda wajib. Baling tepung kat dia. Tapi yang takbestnya, semua kena. Tak kesian langsung. Yang paling kejam hari tu atikah lah. Tepung aku maafkan lagi. Tapi boleh pulak atikah bawak minyak dengan kunyit! Apa lagi lari-lari lah kitorang. Dah macam orang minyak dah wei. Hahahaha kelakar gila. Aku dengan asyiqin paling teruk kena. Haih sabar jelah. 



Inilah kali terakhir kita bersama sebenarnya! 30 November kita bersama. Dan lepas tu masing-masing buat hal sendiri. Banyak yang aku taktahu cerita pasal korang. Mana korang pegi. Alhamdulillah, kita jumpa balik. Itu pun masa nak amik result, kita jumpa je. Alaa macam terserempak dan tak serapat macam dalam gambar ni. Kenapa dengan hubungan kita ni? Apa yang kurang? Kenapa boleh terputus macam ni sekali? Mana kita yang ceria dulu? Aku rindu sangat nak gelak ramai-ramai macam dulu. Macam selalu kita buat waktu kita form 3 sampai form 5 dulu. Ketara sangat hubungan kita semua dah renggang. Kali terakhir kita gelak sakan sama-sama masa birthday ana kan? Aku harap sangat hubungan FFLAAASH kita berbaik balik. Ya, aku mengaku aku yang buat sengketa. Hm aku betul-betul rindu. Takkan korang tak rindu? Mana korang? Aku mintak sangat kat korang kita contact-contact lah macam dulu. Kita jumpa, kita bincang masalah kita. Kita bermaaf-maafan lah, jangan ingat nak raya baru nak maaf. Hm aku rindu dengan korang. Aku tahu korang mungkin sibuk sambung belajar, kerja dan sebagainya tapi takkan lah takboleh nak contact langsung kan? Aku harap sangat kita together balik. Kita bina balik FFLAAASH kita ni. Boleh kan? Kita sama-sama cuba. Please aku harap sangat persahabatan kita kekal sampai akhir hayat.