Tentang perasaan


Ada banyak sangat yang saya nak luahkan pada awak

Tentang apa yang saya rasa
Tentang apa yang saya mahu
Tentang apa yang saya fikirkan.

Tapi saya takut..

Kalau nanti awak tak terima perasaan saya
Kalau awak tak mahu berikan apa yang saya mahu
Kalau awak taknak tahu apa saya fikirkan.

Jadi saya pilih untuk berdiam diri.
Cukuplah sekadar untuk berbisik pada Tuhan saya.

Tuhan selalu mendengar bisikan saya
Tuhan selalu beri jalan pada saya
Tuhan sentiasa bersama saya
Tetap menerima saya walaupun saya ingkar.

Tak ada awak sekarang ni pun saya baik baik saja.

Allah sentiasa bersama saya :')