Maafkan aku


maaf 
bukan aku tidak sudi
bukan aku membenci
bukan aku terlalu memilih
bukan aku sombong
bukan kamu tidak baik
bukan kamu tidak menarik

cuma aku
cuma hati aku
tidak mahu jatuh ke lembah itu lagi

aku masih berdukacita
pada khilafku sendiri dalam menyintai manusia
bimbang nanti aku terus alpa
bimbang nanti aku curang pada kasih tuhan ku
aku bimbang

kerana aku bukan maksum
yang suci tanpa noda dihati

maaf.

biarkan aku sendiri
buat masa ini
bukan aku tidak perlukan kasihmu

cuma
buat masa ini
kasih tuhan ku yang terlalu ku dambakan.

maafkan aku.....