bahagiamu


tangis aku
melihat bahagiamu
mungkin adalah pemujuk hati

bahawa saat dan peluang untuk aku
merasai..
akan tiba suatu saat nanti

mungkin penantian ini
adalah ujian
yang mengajarkan ketabahan
dan mungkin juga kafarah
yang menghapuskan dosa dosa kesilapan

dan mungkin
bahagiamu
telah mengajarkan aku
bahawa bukan semua air mata 
adalah tanda duka.