Aku mencintaiMu


ada yang mencintaimu setinggi langit
maka dia belajar untuk terbang
dan menguasai langit dengan megah

ada yang mencintaimu sedalam lautan
maka dia belajar untuk menyelam
dan menguasai laut dengan bangga

aku?

aku mahu mencintaimu kerana Allah
dengan itu aku akan belajar untuk ikhlas 
dan belajar untuk mengakui
Dia yang menguasai segala
bahkan sedetik niat yang terlintas di hati kita.