Koleksi kata hikmah Ustaz Azhar Idrus

  • bila jahil, Tuhan pun dia pakat lawan
  • nasihat itu umpama ubat, ramai yang sembuh tapi tksuka makan ubat
  • apakah sindiran yg dibenarkan dlam Islam? - sindir harus dlam syarak tk menyakitkan hati atau perbalahan. Kena pandai guna ayat untuk menyindir, kadang-kadang bermanfaat seperti sindir untuk untuk mencegah kemungkaran atau menyuruh ma'ruf
  • tegur menegur membawa berkat
  • sombong heret ke neraka, rendah diri bawa ke syurga
  • nak kenal Allah, nak kenal Al-Quran, perlu sentiasa dlam keadaan merendah diri dan terasa orang lain lebih tahu, baru kenal Allah.
  • jangan takut jika kita berada dijalan yang benar, insyaALLAH keselamatan dan kebaikan datangnya dari Allah.
  • mati bukannya jauh sangat pun dari kita, hanya sedikit umur yang masih ada inilah kita guna untuk bantu agama Allah.
  • kalau kita kenal diri bersungguh, kita pasti akan jatuh kasih pada Allah.
  • lupakan kesedihan yang terjadi hari ini, ingat kebaikan yang ada pada hari esok, insyaALLAH hilanglah nanti kesedihan. *langit tidak selalu mendung*
  • mencari iman lebih penting daripada beribadat? - bila sudah beriman, beribadatlah dalam keadan yg beriman.
  • haram persenda bila dengar cakap-cakap  berhubung agama atau akhirat, jika ada niat mempersendakan agama, boleh jadi murtad.
  • jika ada niat pada gurauan meringan-ringankan atau mempersendakan hukum agama. boleh kafir.
  • sifat suka puji orang itu tiada salahnya,sebab ia adalah fitrah manusia yang salah ialah taksuka dipuji.
  • tidak ada kesedihan yang menimpa seorang mukmin melainkan akan menyusul kebahagiaan selepas kesedihan itu.
  • kegagalan adalah satu pelajaran mengenal Allah.
  • haram jika dijadikan wanita itu sebagai kekasih tetapi tiada niat untuk menikahinya.
  • istikharah bila hati terasa lapang itu tanda jodoh yang baik dan sebaliknya.

No comments:

Post a Comment